User avatar
MOHDZAIDIJUNUS
Nickel Bitcoiner
Nickel Bitcoiner
Posts: 24
Joined: Fri May 20, 2016 5:39 pm

APAKAH BREXIT DAN KESANNYA KEPADA HARGA EMAS DAN EKONOMI

Mon Jun 27, 2016 3:59 pm

Image

Apakah brexit dan kesan kepada harga emas dunia, kadar pertukaran asing, saham, ekuiti, bon dan ekonomi apabila Britain keluar dari kesatuan eropah
Brexit adalah singkatan daripada “BRitain EXIT” iaitu penentuan pilihanraya Britain sama ada kekal dalam Kesatuan Eropah (EU) ataupun keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Hasil undian menunjukkan 51.9% rakyat Britain mahukan negara itu keluar daripada EU. Jika Britain keluar dari Kestuan Eropah (EU) kesan yang lebih ketara akan berlaku terhadap ekonomi dunia.

APAKAH KESAN BREXIT TERHADAP EMAS, NILAI WANG DAN EKONOMI ?

Pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah memberi kesan negatif terhadap ekonomi dunia kerana brexit bersifat kewangan global yang akan merebak ke seluruh dunia. Kesan terburuk Brexit adalah mengakibatkan United Kingdom (UK) berada dalam dalam kemelesetan ekonomi, sekali gus mengheret EU dalam situasi kemelesetan dunia dan potensi risiko yang lebih tinggi kesan Brexit adalah tindakan Britain keluar dari EU dikhuatiri menular dalam kalangan negara-negara Eropah yang lain, ditambah pula kesan kepada pasaran utama lain yang disebabkan oleh harga produk kewangan segera, seperti kadar pertukaran asing, ekuiti, bon dan lain-lain.

Image

Namun Brexit memberi kesan positif terhadap harga emas. Pada 24 jun 2016 Harga emas melonjak naik dari $1,250 us per auns kepada $1,336 us seauns dalam masa 2 jam. Harga emas GAP Public Gold telah melonjak seperti roket daripada RM178/g kepada RM186/g. Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, dalam tempoh untuk melengkapkan proses keluar daripada EU, nilai pound dan aset tidak stabil, mendorong pelabur bertumpu kepada emas atau dolar Amerika Syarikat.
Kesan Brexit pastinya memberi kesan negatif terhadap nilai mata wang Malaysia. Walaupun UK bukan salah satu rakan dagangan langsung terbesar di Malaysia, EU merupakan pasaran yang penting bagi pengeksport Malaysia. EU juga merupakan sumber penting pelaburan langsung asing Malaysia, lantaran itu jika berlaku kelembapan ekonomi di Eropah, tidak dapat tidak, ia akan memberi kesan kepada Malaysia dan negara-negara serantau, secara langsung dan tidak langsung.

RAMALAN HARGA EMAS SELEPAS BREXIT

Jika Brexit berlaku, beberapa penganalisis mengunjurkan bahawa emas dan perak akan melonjak ke tahap yang besar dan pelabur akan mula melabur dalam emas dan perak dan bukan saham. Jika mata wang Euro terbenam, orang ramai akan mengambil wang mereka dan beralih kepada emas dan perak.
George Soros, pelabur jutawan, berkata kemungkinan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah boleh memberi impak yang besar kepada pound. Soros menulis dalam akhbar Guardian. "Ia adalah munasabah untuk menganggap, memandangkan jangkaan tersirat oleh harga pasaran pada masa ini, bahawa selepas Brexit mengundi pound akan jatuh sekurang-kurangnya 15 peratus dan mungkin lebih daripada 20 peratus."
James Butterfill, ketua strategi penyelidikan dan pelaburan di ETF Sekuriti menyokong kenyataan pada persidangan di dalam ETF Eropah, "Brexit akan sangat bermanfaat untuk pintasan sterling dan kita mungkin akan melihat pembelian besar besaran terhadap emas. Dalam senario tersebut kita fikir emas boleh mencecah $ 1,400 satu auns.”
Ramai penganalisis dan spekulator dalam pasaran emas telah kekal yakin dengan emas dan meramalkan harga emas memanjat lebih tinggi apabila lebih dekat dengan referendum “Dengan hanya lebih dua hari lagi sehingga pengundian EU referendum, keraguan dan keresahan akan mendorong skyrocket iaitu kenaikan harga emas yang lebih tinggi," kata Lukman Otunuga, penganalisis penyelidikan di ForexTime.

Image

Ramalan harga emas selepas penggundian Brexit adalah harga emas akan naik sehingga 1400 us/oz. Berdasarkan seorang lagenda dalam perniagaan yang menghantar surat kepada King World News mengatakan bank pusat dunia akan menghadapi masalah dan harga emas boleh melonjak kepada $1,600. Rujukan “Central Banks In Trouble After Brexit Shocker As Gold May Surge To $1,600.” Klik http://kingworldnews.com/central-banks- ... urge-1600/

KESAN HARGA EMAS DARI BREXIT

Bagaimana Brexit memberi kesan kepada harga emas?
Brexit akan memberi kesan yang positif terhadap harga emas dunia. Brexit menyebabkan matawang dolar Amerika meningkat. Konsep ilmu emas yang kita ketahui, apabila matawang dolar Amerika naik, harga emas akan turun dan sebaliknya. Namun dalam isu Brexit, matawang dolar meningkat namun harga emas juga meningkat, sedangkan pasaran lain menurun. Ini adalah satu kelebihan luarbiasa pada emas dimana emas adalah tempat "syurga selamat" iaitu selamat pada masa ket