User avatar
MOHDZAIDIJUNUS
Nickel Bitcoiner
Nickel Bitcoiner
Posts: 24
Joined: Fri May 20, 2016 5:39 pm

APA ITU LBMA DAN KENAPA BELI EMAS DAN PERAK LBMA

Fri May 20, 2016 6:04 pm

Image

Apa itu LBMA dan kepentingan membeli atau menyimpan emas dan perak Public Gold yang berstatus lbma dalam pelaburan emas fizikal.
LBMA adalah singkatan London Bullion Market Association adalah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia. Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di "Harga spot" pasaran profesional. LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.
LBMA bekerjasama dengan London's foreign exchange (pertukaran asing London) dan pasaran wang untuk memajukan dan mengikuti kod produk yang diluluskan oleh kedua-dua Bank of England dan pengawal selia UK, Lembaga Perkhidmatan Kewangan (FSA ).
Keanggotaan LBMA dikawal ketat dimana pemohon hendaklah ditaja oleh tiga orang ahli sedia ada yang mempunyai hubungan yang kuat, berterusan dan berasaskan hubungan-emas untuk sekurang-kurangnya 12 bulan. Setiap penaja juga perlu mengesahkan mereka sendiri mengenali pelanggannya dengan tekun berdasarkan "Kenali Pelanggan Anda" sebelum pemohon boleh pergi ke Jawatankuasa Keahlian untuk memastikan ketinggian kualiti dan reputasi keahlian LBMA.
LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang. Antara syarikat yang di akreditasikan oleh LBMA adalah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar Turki dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Turki yang tersenarai LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri, NMR.

Image

Nadir Metal Rafinari, NMR adalah pengeluar emas dan perak terbesar di Turki. Pengasas dan pemilik Nadir Metal Refinery bernama Nadir Tütüncü yang merupakan billionair dan usahawan Islam tersohor di Turki. Beliau memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. Pada tahun 1999, beliau menandatangani perjanjian usaha sama dengan Degussa Jerman iaitu sebuah syarikat perdagangan emas dari Jerman dan mewujudkan syarikat kerjasama bernama Nadir-Allgemeine. Pada tahun 2001, Nadir Tütüncü membeli semua pegangan di dalam syarikat Nadir-Allgemeine dan meneruskan operasi dengan nama Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti. Nadir Metal Refinery merupakan syarikat pertama Turki yang disenaraikan sebagai ahli LBMA – London Bullion Market Association iaitu pada Disember 2011 untuk emas dan Jun 2012 untuk perak. Syarikat NMR juga di senaraikan oleh Istanbul Gold Exchange (Borsa Istanbul) pada januari 2008 dan Dubai Stock Exchange (DMCC) pada oktober 2009.
“Nadir Metal Refinery has been accredited by Istanbul Gold Exchange (Borsa Istanbul) in January 2008, by Dubai Stock Exchange (DMCC) in October 2009 and by London Good Delivery Association (LBMA) in December 2011, as the first company in Turkey, in 2011 for gold and in 2012 for silver.”

Image

Produk emas dan perak Public Gold ditempah khas dari syarikat Nadir Metal Refineri melalui kerjasama sebagai rakan niaga pada 15 Januari 2015. Majlis Menandatangani Penjanjian Persefahaman (MoU) dengan Nadir Metal Rafineri dan Oracle ERP Solutions di Wisma Public Gold, Batu Maung. Hadir sama, Pengurus Jualan Nadir Metal Rafineri, Firat Sekerci dan Pengurus Besar Pasaran Malaysia dan Filipina Oracle Corporation, Nik Feizal Hanafi dan Pengarah Oracle Gold, Marshall Gan. Bagi Sekerci, kerjasama yang terjalin itu membuktikan kepercayaan Public Gold terhadap syarikat yang menjadi antara pengeluar dan pembekal emas ketiga terbesar di dunia selepas China dan India. Kerjasama antara Public Gold dan Nadir Metal Rafineri dapat mengembangkan lagi pasaran Public Gold ke peringkat yang lebih tinggi kerana memiliki pengiktirafan tertinggi di dunia. Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.

Image

Saya bersama dealer Public Gold telah melawat kilang pemprosesan emas dan perak LBMA di kilang Nadir Metal Rafineri di Turki semasa Program SIP (Sales Incentive Pogram) leardership seminar di Turkey. Program SIP Public Gold adalah percutian sepenuhnya tajaan Public Gold terhadap dealer atau pengedar emas yang dapat membuat jualan atau sales yang tinggi dalam tahun semasa. Percutian percuma ke Turki yang mengambil masa 10 hari adalah pengalaman terhebat dalam hidup saya kerana dapat menikmati percutian mewah ke Turki. Selain berada di hotel 5 bintang di Turki, pengalaman percutian mewah yang tidak pernah diimpikan dalam hidup adalah menaiki belon udara panas di Capadocia dimana bayarannya adalah 200 dolar seorang iaitu berharga lebih kurang RM900 seorang, saksikan video youtube NAIK BELON UDARA PANAS DI CAPPADOCIA TURKI untuk menyaksikan bentuk batuan dan rupa muka bumi Cappadocia yang amat menakjubkan. https://www.youtube.com/watch?v=2abAogcRVIU . Teristimewa juga public gold menempah khas sebuah bot cruise besar 2 tingkat yang dapat menampung 200 orang penumpang, hanya dinaiki oleh 22 peserta program sip Public Gold sahaja. Ini menunjukkan penghargaan Public Gold terhadap pengedar emas atau dealer adalah sangat tinggi.

Image

Setelah selesai melawat tempat-tempat menarik di seluruh Turki, kami melawat kilang Nadir Metal Rafineri, NMR di Instanbul Turki. Kami di sambut dengan mesra oleh pengasas NMR sendiri iaitu Mr Nadir Tutuncu dan semua staff Nadir Metal. Setelah selesai sesi ramah mesra dan bertukar cenderahati, kami di bawa ke kilang pemprosesan emas dan di tunjukkan bagaimana jongkong emas LBMA di hasilkan dengan standard piawaian yang ketat dengan mesin cop laser.

Image

Setelah itu kami di jemput makan tengahari di bandar Instanbul sambil mengunjungi beberapa kedai emas Nadir Metal Rafinari yang berada di Gold Bazar dan Grand Bazar. Sepatutnya program petang dan malam adalah sesi membeli belah di Instanbul, namun sebelah malam sesi membeli belah terpaksa di batalkan kerana mendapat jemputan khas dari Mr Nadir untuk makan malam bersamanya di salah satu restoran terkenal di Turki.

Image

Makan malam bersama antara keluarga Mr Nadir Tutuncu dan peserta program SIP Public gold amat istimewa dengan pelbagai hidangan lauk pauk yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Menurut Mr Firat Sekerci iaitu Pengurus Jualan Nadir Metal Rafineri, Mr Nadir yang kini sudah berumur 79 tahun sudah tidak keluar makan di restoran luar semenjak 2 tahun. Namun kerana meraikan delegasi dari Public Gold ia sanggup keluar makan malam di luar. Di akhir jamuan dinner bersama keluarga Mr Nadir Tutuncu, ia memberikan sekeping dirham 1 oz sebagai cenderahati kenang-kenangan kepada semua delegasi Public Gold. Saksikan Video youtube https://www.youtube.com/watch?v=zMM6tNhNBjo TEMPAT PERCUTIAN MENARIK DI TURKI YANG MESTI DI LAWATI untuk perkongsian keindahan dan kekayaan sejarah islam di Turki.

Image

Daripada pengalaman saya bersama Public Gold semenjak 2010, pelaburan emas fizikal bersama Public Gold adalah tindakan yang tepat dan terbaik untuk menjana pendapatan aktif dengan berniaga emas, mendapat pendapatan pasif tanpa bekerja, memdapat insentif serta percutian percuma di samping pelindung dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Semenjak tahun 2010, Public Gold sentiasa memberi komisen atau mendapat pendapatan pasif walaupun saya tidak menjual emas. Jadi, rebut peluang bersama Public Gold sebagai dealer atau pengedar emas Public Gold melalui http://www.pelaburanemaspublicgoldmalay ... -mei-2016/ PROMOSI HEBAT MENJADI PENIAGA EMAS PUBLIC GOLD MEI 2016 kerana promosi ini adalah peluang menjadi dealer dengan modal terendah.

Bagi peminat, pelabur atau penyimpan emas dan perak, saya syorkan membeli atau menyimpan emas atau perak berstatus LBMA yang di iktiraf antarabangsa, bernilai tinggi seluruh dunia, kemas serta menawan dan paling murah kerana mendapat pengecualian cukai gst. Klik http://www.pelaburanemaspublicgoldmalay ... blic-gold/ LANGKAH PERTAMA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula melabur emas atau perak Public Gold dengan modal serendah RM100 atau DAFTAR PERCUMA. HANYA PUBLIC GOLD SATU-SATUNYA syarikat emas di Malaysia yang mengeluarkan emas dan perak yang mendapat pengiktirafan LBMA dan SATU-SATUNYA jongkong emas, jongkong perak dan emas dinar yang mendapat pengecualian cukai gst.

Image

Pengiktirafan emas LBMA adalah terbukti dengan kemudahan dan kepercayaan ArRahnu Pos Malaysia yang menerima pajakan atau gadaian jongkong emas Public Gold tanpa melalui pengujian ketulenan emas iaitu tanpa membuka sampul atau seal emas. Bawa saja jongkong emas LBMA Public Gold di mana-mana 65 cawangan Arrahnu Pos Malaysia untuk terus memajak emas dengan mudah dan Arrahnu Pos Malaysia adalah agen korporat Public Gold yang menjual dan membeli emas Public Gold .
Jadi dalam pelaburan emas fizikal, TIADA ALASAN MESTI MEMBELI EMAS LBMA PUBLIC GOLD.

Return to “Malay / Bahasa Melayu”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 13 guests