User avatar
MOHDZAIDIJUNUS
Nickel Bitcoiner
Nickel Bitcoiner
Posts: 24
Joined: Fri May 20, 2016 5:39 pm

KESAN CORONAVIRUS KEPADA EKONOMI MALAYSIA

Fri Mar 27, 2020 8:53 am

Image

Kesan Coronavirus kepada ekonomi Malaysia akibat penularan wabak virus corona Covid-19 yang memberi impak besar kepada manusia dan ekonomi seluruh dunia.

Coronavirus atau Covid-19 adalah penyakit baru disebabkan oleh wabak virus corona yang boleh menjejaskan paru-paru dan saluran pernafasan yang teruk dan boleh membawa kematian kepada manusia seluruh dunia. Coronavirus novel 2019 (2019-nCoV) adalah virus baru ditemui pada 31 Disember 2019 di Wuhan, China yang menyebabkan penyakit pernafasan pada orang dan boleh menyebar dengan mudah dan cepat dari manusia ke manusia dan belum ditemui vaksin untuk melindungi daripada 2019-nCoV.
Virus Corona telah menular dengan cepat dan telah menyebar ke wilayah lain di Cina dan ke seluruh dunia, termasuk negara Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia bagi mencegah penularan virus Corona di malaysia. Apa kesan Covid-19 kepada ekonomi global, kesan covid-19 kepada ekonomi malaysia dan kesan coronavirus terhadap harga emas ?

IMPAK COVID-19 KEPADA EKONOMI GLOBAL
Impak coronavirus “ketakutan seluruh dunia” yang memberi kesan ke atas segala-galanya daripada aktiviti perniagaan, pasaran saham, industri hingga ke perjalanan. Impak virus coronavirus pada ekonomi global adalah sangat ketara kepada pasaran di seluruh dunia terutama apabila melibatkan kuasa besar ekonomi iaitu China dan Amerika.

Image

China adalah ekonomi kedua terbesar dunia melalui KDNK dan tulang belakang pembuatan global. China adalah negara terpantas yang pernah mencapai tempat kedua dengan AS kekal sebagai pendahulu. Terdapat banyak syarikat, merentas pelbagai industri di seluruh dunia yang bergantung kepada pengeluaran Cina untuk terus beroperasi. Oleh itu, coronavirus mempunyai kesan mendalam terhadap ekonomi global.
Coronavirus telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi Cina dan seterusnya ekonomi global apabila kini seluruh dunia terkena wabak covid-19 yang menyebabkan semua pasaran dunia, saham, minyak dan sebagainya telah jatuh merudum. Banyak syarikat antarabangsa mempunyai kemudahan pengeluaran di China, termasuk jenama fesyen seperti Nike, Adidas, GAP dan Abercrombie & Fitch, syarikat gergasi telekomunikasi seperti AT&T, syarikat teknologi seperti Apple dan banyak lagi.
Coronavirus telah memberi kesan kepada ekonomi global yang jatuh merudum apabila semua sektor terkesan seperti sektor teknologi dan tenaga. Harga minyak dunia jatuh 30% iaitu kejatuhan terbesar sejak Perang Teluk pertama pada tahun 1991 kekurangan permintaan apabila pengangkutan,pelancongan dan penerbangan berkurangan. Sektor hotel dan pelancongan berkurangan disebabkan oleh kuarantin dan kekurangan pelancong. Pusat beli-belah dan perniagaan yang berpaksikan pasaran China mengalami penurunan apabila kekurangan pelanggan. Rizab Persekutuan AS menurunkan kadar faedah dalam usaha luar biasa untuk merangkumi kejatuhan ekonomi akibat coronavirus. Dalam langkah kecemasan pertama mereka sejak krisis kewangan 2008, mereka menurunkan kadar faedah mereka sebanyak setengah mata. Potongan dramatik dalam kadar faedah AS gagal memberi kesan yang dikehendaki. Sektor perkilangan dan pelancongan kurang memuaskan menambah jurang pasaran saham dan menyebabkan pasaran saham jatuh.
Wabak Corona telah memberi impak perjalanan dan penerbangan ke dan dari China atau seluruh dunia menyebabkan pasaran dan ekonomi global jatuh, seterusnya pelabur akan beralih kepada pelaburan yang selamat iaitu emas. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menyebabkan harga emas naik.

KESAN COVID-19 KEPADA EKONOMI MALAYSIA
Coronavirus atau wabak covid-19 yang merebak seluruh dunia telah memberi impak besar terhadap ekonomi Malaysia. Kejatuhan harga petroleum yang merupakan pendapatan utama malaysia dan kejatuhan industri pelancongan yang merupakan penjana pertukaran asing kedua terbesar menyebabkan Malaysia kehilangan pendapatan yang banyak. Kesan Covid-19 ke atas industri petroleum susulan harga bagi satu tong merosot lebih 50 peratus yang akan mengurangkan pendapatan kerajaan kepada RM30 bilion. Syarikat penerbangan dan industri pelancongan akan mengalami kerugian. Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia untuk menyekat penularan covid-19 akan menyebabkan hotel, pengangkutan darat, restoran akan mengalami kerugian dan seterusnya ramai pekerja akan menderita kerana kemungkinan dibuang kerja.
Pakej rangsangan ekonomi susulan penularan wabak Covid-19 membabitkan peningkatan perbelanjaan kerajaan selain menyaksikan penurunan dalam kutipan cukai dan pada masa sama, meskipun sekatan perjalanan separa dikenakan, langkah itu akan mengurangkan perniagaan dan hasil, yang sekali lagi menjejaskan pendapatan kerajaan malaysia. Wabak covid-19 menyebabkan kemelesetan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia.

Image

Tun Dr Mahathir Mohamed berkata “Sememangnya kita semua sedang berdepan dengan satu bencana yang amat dahsyat.” Klik artikel harian metro oleh Tun Dr Mahathir Mohamed [url=https://www.hmetro.com.my/utama/2020/03/557778/kita-berdepan-dengan-bencana-amat-dahsyat-tun-m]KITA BERDEPAN DENGAN BENCANA AMAT DAHSYAT[/url]
Kemelesetan ekonomi malaysia akan menyebabkan kejatuhan nilai wang. Kejatuhan nilai ringgit Malaysia akibat kesan kemelesetan global akan menyebabkan harga emas dalam ringgit malaysia akan naik. Harga emas dunia diniagakan dalam dolar amerika iaitu us/oz. Maka harga emas dalam sesuatu negara berubah apabila nilai matawang berubah kerana perubahan nilai matawang berbanding matawang dolar. Ini bermaksub, kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam ringgit malaysia.

Carta Matawang USD dolar dengan MYR Ringgit malaysia boleh dirujuk di https://www.xe.com . Kesan coronavirus telah menyebabkan kejatuhan nilai wang yang teruk dimana kini nilai wang 1 dolar bersamaan RM4.43. Kejatuhan nilai wang akan menaikkan harga emas dalam Malaysia.

Image

Kini harga emas dunia pada paras masih rendah iaitu 1600 us/oz dengan harga emas 1g kini lebih kurang RM240 telah mengatasi harga emas tertinggi tahun 2011 pada paras harga emas dunia 1900 us/oz yang berharga RM220 segram. Pelik, kini harga emas dunia masih rendah, namun harga emas dalam ringgit Malaysia telah melebihi harga emas tertinggi dunia. Ini adalah disebabkan kejatuhan nilai ringgit malaysia yang menaikkan harga emas Malaysia. Jadi, apabila haarga emas dunia menyamai harga emas tertinggi tahun 2011 iaitu 1900 us/oz harga emas dalam ringgit malaysia lebih kurang RM300 segram. Klik [url=https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/hubungan-harga-emas-dengan-kejatuhan-ringgit-malaysia/]HUBUNGAN HARGA EMAS DENGAN KEJATUHAN RINGGIT MALAYSIA[/url] untuk maklumat terperinci dengan pengiraan kaitan harga emas malaysia dengan harga emas dunia.
Coronavirus yang berlaku kita hanya nampak sebagai gelombang wabak sahaja. Tetapi kesan covid-19 sebenarnya bukan sahaja wabak penyakit tetapi juga gelombang wabak ekonomi yang memberi kesan yang lebih besar. Sudah bersediakah dengan simpanan kecemasan 6 bulan yang di anjurkan oleh pakar ekonomi ?. Jika telah mempunyai simpanan wang, sebaiknya tukar kepada simpanan emas kerana nilai wang akan berkurang. Jika belum mempunyai simpanan kecemasan 6 bulan gaji, boleh berjimat dengan membeli emas sebagai bekalan kecemasan kerana wabak coronavirus dijangkakan lama dan akan memberi kesan yang lebih besar. Coronavirus bukan saja hadapi wabak penyakit tetapi sedang bertarung dengan wabak ekonomi paling pelik dalam sejarah ketamadunan hidup manusia.

KESAN COVID-19 KEPADA HARGA EMAS
Emas telah terbukti suatu pelaburan yang selamat walau dalam apa jua keadaan. Coronvirus telah memberi kesan kemelesetan ekonomi global, kejatuhan harga minyak dan pasaran seluruh dunia, namun emas telah membuktikan bahawa emas adalah pelaburan selamat yang luar biasa serta kalis inflasi.

Image

Pada pertengahan bulan Februari, emas mencapai aras psikologi sebanyak $1,600 yang penting dan terus meningkat sejak itu. Sesetengah penganalisis percaya bahawa selagi coronavirus terus memberi impak kepada pasaran, harga emas boleh terus melonjak naik di sepanjang masa tahun 2020 dengan menghampiri $1,900, yang telah berlaku pada tahun 2011.

Goldman Sachs Group Inc menaikkan unjuran apabila COVID-19 memberi tekanan kepada kadar sebenar, sambil fokus kepada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) terus meningkatkan permintaan logam berharga itu sebagai aset selamat. Bank itu menaikkan unjuran 12 bulan sebanyak AS$200 dan berkata jika kesan virus merebak sehingga ke suku kedua tahun ini, adalah dijangkakan harga emas akan melepasi AS$1,800 seauns mengikut asas tiga bulan. Rujukan klik [url=https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/02/659844/harga-emas-diunjur-cecah-as1800-seauns]HARGA EMAS DIUNJUR CECAH 1800 SEAUNS[/url]

KESIMPULAN
Kesan coronavirus akan menyebabkan kemelesetan ekonomi global dan ekonomi Malaysia, sebaliknya telah dan akan memberi kesan kenaikkan harga emas. Impak Covid-19 telah menyebabkan kenaikkan harga emas kerana faktor kemelesetan ekonomi global dengan alasan dan ramalan harga emas tahun 2020, klik [url=https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/12-sebab-harga-emas-naik-melonjak-tahun-2020/]KENAPA EMAS NAIK DAN RAMALAN HARGA EMAS TAHUN 2020.[/url] Kesan Coronavirus akan menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia dan Malaysia dan seterusnya harga emas akan naik. Kini adalah masa terbaik untuk membeli emas sebagai simpanan untuk pelaburan, dana bekalan kecemasan wabak covid-19, aset bernilai sepanjang masa dan pelindung kejatuhan nilai wang. Bertindak segera membeli jongkong emas Public Gold Group untuk pelaburan yang selamat, mudah, menguntungkan dan peluang berniaga emas.

Image

Terdapat dua pilihan pelaburan emas Public Gold dengan mula membeli emas serendah RM100 untuk mula pelaburan emas yang mudah dan selamat waktu Perintah kawalan Pergerakan Covid-19 malaysia :
1. Jika modal kecil atau takut simpan emas sendiri, sebaiknya beli emas program GAP (Gold Accumulation Program) iaitu boleh beli emas serendah RM100 untuk kumpul emas sedikit demi sedikit dalam akaun emas GAP dan boleh keluarkan pelbagai jongkong emas fizikal seperti pelbagai gold bar atau emas dinar. Klik [url=https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold]CARA BELI EMAS AKAUN FIZIKAL GAP PUBLIC GOLD[/url].
1. Jika modal besar atau mahu terus simpan sendiri emas, sebaiknya beli jongkong emas secara biasa. Beli emas, bayar, terus dapat emas dan simpan sendiri dengan klik [url]https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas[/url]
Maklumat serta bimbingan percuma pelaburan dan perniagaan emas Public Gold berpengalaman sejak 2010, whatsapp 019-9185593 iaitu Mohd Zaidi bin Junus, PG001425 Master Dealer Public Gold sejak 2010.

“Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, duduk di rumah”


Terima Kasih

User avatar
AdiHasarli
Posts: 3
Joined: Mon Apr 13, 2020 3:44 am

Re: KESAN CORONAVIRUS KEPADA EKONOMI MALAYSIA

Mon Apr 13, 2020 6:33 am

wow...boleh tembus ATH tahun ni boss?
Best Daily Convenience Utility Coin in South East Asia / Pay With NPCoin / Contact Me

Return to “Malay / Bahasa Melayu”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 15 guests