User avatar
MOHDZAIDIJUNUS
Nickel Bitcoiner
Nickel Bitcoiner
Posts: 24
Joined: Fri May 20, 2016 5:39 pm

APAKAH BREXIT DAN KESANNYA KEPADA HARGA EMAS DAN EKONOMI

Mon Jun 27, 2016 3:59 pm

Image

Apakah brexit dan kesan kepada harga emas dunia, kadar pertukaran asing, saham, ekuiti, bon dan ekonomi apabila Britain keluar dari kesatuan eropah
Brexit adalah singkatan daripada “BRitain EXIT” iaitu penentuan pilihanraya Britain sama ada kekal dalam Kesatuan Eropah (EU) ataupun keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Hasil undian menunjukkan 51.9% rakyat Britain mahukan negara itu keluar daripada EU. Jika Britain keluar dari Kestuan Eropah (EU) kesan yang lebih ketara akan berlaku terhadap ekonomi dunia.

APAKAH KESAN BREXIT TERHADAP EMAS, NILAI WANG DAN EKONOMI ?

Pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah memberi kesan negatif terhadap ekonomi dunia kerana brexit bersifat kewangan global yang akan merebak ke seluruh dunia. Kesan terburuk Brexit adalah mengakibatkan United Kingdom (UK) berada dalam dalam kemelesetan ekonomi, sekali gus mengheret EU dalam situasi kemelesetan dunia dan potensi risiko yang lebih tinggi kesan Brexit adalah tindakan Britain keluar dari EU dikhuatiri menular dalam kalangan negara-negara Eropah yang lain, ditambah pula kesan kepada pasaran utama lain yang disebabkan oleh harga produk kewangan segera, seperti kadar pertukaran asing, ekuiti, bon dan lain-lain.

Image

Namun Brexit memberi kesan positif terhadap harga emas. Pada 24 jun 2016 Harga emas melonjak naik dari $1,250 us per auns kepada $1,336 us seauns dalam masa 2 jam. Harga emas GAP Public Gold telah melonjak seperti roket daripada RM178/g kepada RM186/g. Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Bank, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, dalam tempoh untuk melengkapkan proses keluar daripada EU, nilai pound dan aset tidak stabil, mendorong pelabur bertumpu kepada emas atau dolar Amerika Syarikat.
Kesan Brexit pastinya memberi kesan negatif terhadap nilai mata wang Malaysia. Walaupun UK bukan salah satu rakan dagangan langsung terbesar di Malaysia, EU merupakan pasaran yang penting bagi pengeksport Malaysia. EU juga merupakan sumber penting pelaburan langsung asing Malaysia, lantaran itu jika berlaku kelembapan ekonomi di Eropah, tidak dapat tidak, ia akan memberi kesan kepada Malaysia dan negara-negara serantau, secara langsung dan tidak langsung.

RAMALAN HARGA EMAS SELEPAS BREXIT

Jika Brexit berlaku, beberapa penganalisis mengunjurkan bahawa emas dan perak akan melonjak ke tahap yang besar dan pelabur akan mula melabur dalam emas dan perak dan bukan saham. Jika mata wang Euro terbenam, orang ramai akan mengambil wang mereka dan beralih kepada emas dan perak.
George Soros, pelabur jutawan, berkata kemungkinan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah boleh memberi impak yang besar kepada pound. Soros menulis dalam akhbar Guardian. "Ia adalah munasabah untuk menganggap, memandangkan jangkaan tersirat oleh harga pasaran pada masa ini, bahawa selepas Brexit mengundi pound akan jatuh sekurang-kurangnya 15 peratus dan mungkin lebih daripada 20 peratus."
James Butterfill, ketua strategi penyelidikan dan pelaburan di ETF Sekuriti menyokong kenyataan pada persidangan di dalam ETF Eropah, "Brexit akan sangat bermanfaat untuk pintasan sterling dan kita mungkin akan melihat pembelian besar besaran terhadap emas. Dalam senario tersebut kita fikir emas boleh mencecah $ 1,400 satu auns.”
Ramai penganalisis dan spekulator dalam pasaran emas telah kekal yakin dengan emas dan meramalkan harga emas memanjat lebih tinggi apabila lebih dekat dengan referendum “Dengan hanya lebih dua hari lagi sehingga pengundian EU referendum, keraguan dan keresahan akan mendorong skyrocket iaitu kenaikan harga emas yang lebih tinggi," kata Lukman Otunuga, penganalisis penyelidikan di ForexTime.

Image

Ramalan harga emas selepas penggundian Brexit adalah harga emas akan naik sehingga 1400 us/oz. Berdasarkan seorang lagenda dalam perniagaan yang menghantar surat kepada King World News mengatakan bank pusat dunia akan menghadapi masalah dan harga emas boleh melonjak kepada $1,600. Rujukan “Central Banks In Trouble After Brexit Shocker As Gold May Surge To $1,600.” Klik http://kingworldnews.com/central-banks- ... urge-1600/

KESAN HARGA EMAS DARI BREXIT

Bagaimana Brexit memberi kesan kepada harga emas?
Brexit akan memberi kesan yang positif terhadap harga emas dunia. Brexit menyebabkan matawang dolar Amerika meningkat. Konsep ilmu emas yang kita ketahui, apabila matawang dolar Amerika naik, harga emas akan turun dan sebaliknya. Namun dalam isu Brexit, matawang dolar meningkat namun harga emas juga meningkat, sedangkan pasaran lain menurun. Ini adalah satu kelebihan luarbiasa pada emas dimana emas adalah tempat "syurga selamat" iaitu selamat pada masa ketentuan ekonomi yang tidak menentu. Brexit menyebabkan pelabur panik membeli emas untuk melindungi diri mereka daripada kejatuhan harga di pasaran lain, sekali gus menyebabkan harga emas melonjak naik.
Isu brexit juga akan memberi kesan kepada tukaran matawang asing termasuk Malaysia. Kemelesetan ekonomi dunia akibat Brexit boleh menyebabkan kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Dari artikel bertajuk “Ringgit set to drop further as UK exits the EU” menunjukkan nilai wang ringgit mengalami kejatuhan akibat isu Brexit. “The ringgit fell 2.5 per cent to 4.1207 per dollar as of 12.36 pm in Kuala Lumpur, and is set for the biggest loss since June 1998, prices from local banks compiled by Bloomberg show. It earlier rose to a seven-week high of 3.9893.” Baca artikel penuh klik http://www.freemalaysiatoday.com/catego ... ts-the-eu/
Dua faktor utama ini iaitu kenaikan harga emas dunia dan kejatuhan nilai wang ringgit akan menyebabkan harga emas dalam ringgit Malaysia naik dua kali ganda. Penyimpan emas akan memperolehi Keuntungan DUA KALI GANDA kerana kenaikkan harga emas dunia kini menyebabkan harga emas meningkat DAN kejatuhan nilai wang akan menyebabkan harga emas dalam ringgit Malaysia meningkat.

APAKAH PELABURAN SELAMAT MASA KINI ?

Emas adalah aset yang selamat berikutan ketidaktentuan ekonomi yang berlaku akibat Brexit. Kini pelbagai pihak termasuk pelabur dunia seperti George Soros telah mula menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka. Kita juga sepatutnya meengambil tindakan bijak menjadikan emas sebagai pelindung harta kekayaan dan penyelamat kejatuhan nilai wang. Emas juga adalah pelindung kepada kita di saat kecemasan atau kesempitan wang. Baca pengalaman saya sendiri http://www.pelaburanemaspublicgoldmalay ... ng-segera/ KISAH BENAR KECEMASAN WANG SEGERA UNTUK RAWATAN PERUBATAN untuk membuktikan emas adalah pelindung di waktu kecemasan atau perlukan wang segera.

Tukarkan simpanan wang kepada simpanan emas untuk perlindungan dan mengelak kebocoran wang. Emas adalah pelindung terbaik dari ketidaktentuan ekonomi kerana emaas adalah kalis inflasi. Kini, di bulan puasa kita akan dapat merasai kenaikkan harga barang, itu menunjukkan bahawa nilai wang sudah berkurangan. Simpanan emas terbaik adalah emas pelaburan yang murah dan mempunyai spread atau susut nilai yang rendah. SATU-SATUNYA emas dan perak pelaburan yang termurah diiktiraf dunia, LBMA bebas gst di Malaysia adalah emas dan perak Public Gold. Bertindak segera mula menyimpan emas dengan hanya modal permulaan RM100 atau membeli jongkong emas 0.5g lbma bebas gst atau klik http://www.pelaburanemaspublicgoldmalay ... blic-gold/ DAFTAR PERCUMA MULA LANGKAH MELABUR EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD sebagai langkah permulaan membeli emas sewaktu harga emas dunia kini, $1300 adalah masih rendah berbanding paras harga emas tertinggi pada tahun 2011 iaitu $1900 us/oz. Whatsapp segera 019-9185593 untuk mendapat bimbingan dan panduan dalam pelaburan emas fizikal Public Gold.

Return to “Malay / Bahasa Melayu”

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 13 guests